Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ryan Reynolds Nafi Deadpool Akan Muncul Dalam “Doctor Strange 2”

Sekuel Doctor Strange yang akan datang, Doctor Strange in the Multiverse of Madness, dikhabarkan akan menampilkan banyak cameo dari banyak watak yang berbeza. Salah satu watak yang dikatakan akan muncul dalam filem tersebut adalah Deadpool.

Ya, ramai peminat berharap watak-watak Marvel dari francais yang lain akan muncul dalam sekuel akan datang, tetapi Ryan Reynolds nampaknya menepis spekulasi peminat mengenai kemunculan ‘Merc with a Mouth’ dalam Doctor Strange 2.


“Saya benar-benar tiada dalam filem itu,” ujar Ryan Reynolds apabila ditanya wartawan Variety tentang sama ada Deadpool akan berada dalam filem Doctor Strange 2. “Saya berjanji, saya tidak ada dalam filem itu.”

Reynolds ditemubual wartawan semasa menghadiri tayangan filem Netflix terbarunya, The Adam Project. 

Komen Reynolds dibuat selepas peminat melihat wajah Deadpool dalam poster terbaru untuk sekuel Doctor Strange.

Digambarkan sebagai filem seram pertama Marvel Cinematic Universe, Doctor Strange in the Multiverse of Madness menyaksikan Benedict Cumberbatch kembali mengulangi peranannya sebagai Dr. Stephen Strange. Kali ini Sorcerer Supreme akan disertai oleh Scarlet Witch, yang dilakonkan oleh Elizabeth Olsen, yang hadir dari kejayaan kritikal WandaVision. Sekuel Doctor Strange dijangka berkait dengan peristiwa dari WandaVision, Loki dan Spider-Man: No Way Home.

Sekuel itu juga akan menampilkan alumni MCU Chiwetel Ejiofor, Benedict Wong, dan Rachel McAdams, yang masing-masing mengulangi peranan mereka sebagai Karl Mordo, Wong, dan Dr. Christine Palmer. Ia juga akan menampilkan pengenalan debut aksi-langsung hero Marvel kegemaran peminat, America Chavez, yang akan dilakonkan oleh pendatang baharu Xochitl Gomez (The Baby-Sitters Club).

Filem ini diarahkan oleh Sam Raimi (trilogi Spider-Man) dari skrip yang ditulis oleh penulis Michael Waldron (Loki). Ia diterbitkan oleh presiden Marvel Studios Kevin Feige.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan dilancarkan pada 5 Mei ini.

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment