
Sebagai persiapan untuk Deadpool 3, bintang Ryan Reynolds dilaporkan telah memulakan latihan untuk watak anti-hero ikoniknya.
Pengesahan itu dibuat selepas jurulatih Don Saladino memuatnaik gambar yang menunjukkan Reynolds menyambung semula latihan untuk watak Deadpool secara rasmi, iaitu selepas lebih empat tahun sejak tayangan pawagam Deadpool 2.
Saladino telah menjadi jurulatih Reynolds sejak dua filem pertama Deadpool. Selain Reynolds, Saladino juga telah melatih veteran Marvel Cinematic Universe Sebastian Stan untuk mendapatkan bentuk fizikal watak Winter Soldier. Baru-baru ini, telah didedahkan bahawa dia melatih David Harbour untuk penampilan baharunya sebagai Hopper dalam Stranger Things Musim 4.
Deadpool 3 kini ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick dari draf sebelumnya oleh duo Bob’s Burgers Wendy Molyneux dan Lizzie Molyneux-Loeglin. Presiden Marvel Studios Kevin Feige sebelum ini memberi jaminan kepada peminat bahawa ia akan kekal sebagai filem R-rated sama seperti dua filem pertama, yang akan menjadikannya filem pertama studio dengan rating matang tersebut.
Ia akan berfungsi sebagai filem pertama dalam siri filem Deadpool selepas pemerolehan 20th Century Fox oleh Disney. Tarikh tayangan untuk filem itu masih belum diumumkan.