Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ryan Reynolds Mengajak Pengarah Guardians Of The Galaxy, James Gunn Hasilkan Filem Crossover

Filem Deadpool 2 bukan sahaja ditonton oleh peminat-peminat diserata dunia, malah para penggiat seni di Hollywood turut menonton filem lakonan Ryan Reynolds itu. Terbaru, pengarah Guardians of the Galaxy, James Gunn telah memuatnaik status di laman Twitter beliau yang memuji filem kedua Deadpool 2 itu.

Dalam status tersebut James Gunn turut memetik nama beberapa individu antaranya pengarahnya David Leitch dan Ryan Reynolds. Bintang Deadpool 2 itu kemudiannya telah membalas status pengarah tersebut dengan mengucapkan terima kasih sambil bergurau dengan menulis ayat ‘Crossover?’

Petikan ayat tersebut adalah usikkan nakal Ryan Reynolds yang cuba mengajak pengarah terbabit melakukan filem crossover diantara Deadpool dan Guardians of the Galaxy. Tapi mana tahu dimasa akan datang akan berlaku filem ‘crossover’ diantara Deadpool  dan Guardians of the Galaxy? lagipun kedua-dua karakter tersebut berada dibawa satu bumbung iaitu Disney cuma berbeza ‘bilik’ iaitu Marvel Studios dan Fox.

Jadi diharapkan gurauan kedua-dua individu terbabit akan menjadi kenyataan di masa hadapan. Bolehlah kita tengok telatah diantara Deadpool dan Rocket apabila mereka bertemu dalam filem nanti, mesti epik!

Related posts

Hugh Grant & Sophia Lillis Sertai “Dungeons & Dragons”

Kakimuvee

Gambar ‘BTS’ “Thor: Love and Thunder” Sahkan Penglibatan Matt Damon

Kakimuvee

[Netflix] Saksikan Trailer & Poster Karakter “DOTA: Dragon’s Blood”

Kakimuvee

SUNDANCE FILM FESTIVAL WINNER CHARM CITY KINGS DEBUTS 9 MARCH ON HBO GO AND HBO

Kakimuvee

Rapper T.I. Tidak Kembali Dalam “Ant-Man and Wasp: Quantumania”

Kakimuvee

Amber Heard Tidak Dipecat Dari Peranannya Sebagai Mera Dalam “Aquaman 2”

Zulaikha

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman