Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”


Bintang Deadpool, Ryan Reynolds telah kongsikan pandangan pertama filem terbarunya, The Adam Project. 

Gambar pertama menunjukan watak kanak-kanak bernama Adam (lakonan Walker Scobell) bertemu dengan dirinya dimasa hadapan (Ryan Reynolds), dan kelihatan seperti mereka sedang mencari ayah mereka (Mark Ruffalo).

Sementara, foto kedua adalah gambar di belakang tabir yang menampilkan Reynolds kembali bergandingan dengan pengarah Free Guy, Shawn Levy. Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut dibawah. 

The Adam Project merupakan filem sains fiksyen thriller yang mengisahkan Adam yang pergi ke masa lampau untuk membantu dirinya sendiri yang berusia 13 tahun. Mereka berdua perlu mencari ayah mereka dalam usaha membetulkan kembali keadaan demi menyelamatkan masa hadapan. 

Mark Ruffalo akan memainkan peranan sebagai ayah Reynolds, seorang ahli fizik yang bijak, manakala pelakon Catherine Keener menjadi antagonis utama yang cuba mencuri teknologi yang cukup berkuasa dari karakter lakonan Ruffalo. Walker Scobell membawa watak adam versi muda dan Alex Mallari, Jr. sebagai orang kanan antagonis. 


Ini merupakan kolaborasi kedua diantara Reynolds dan Levy selepas bekerjasama dalam filem aksi komedi akan datang berjudul Free Guy.

Skrip The Adam Project ditulis oleh Jonathan Tropper dan David Ellison. Reynolds dan Levi bertindak sebagai penerbit menerusi syarikat penerbitan mereka iaitu Maximum Effort dan 12 Lap Entertainment. David Ellison, Dan Goldberg dan Don Granger menjadi penerbit bagi pihak Skydance.


Related posts

Hugh Jackman Akhirnya Menyarung Sut Ikonik Wolverine Dalam Gambar Pertama Deadpool 3

Kakimuvee

Suit Terbaru Deadpool Didedahkan Dalam Gambar Di Set Penggambaran

Kakimuvee

Penggambaran Deadpool 3 Telah Bermula

Kakimuvee

Leslie Uggams & Karan Soni Akan Kembali Bergabung Dengan Ryan Reynolds Dalam Filem Ketiga ‘Deadpool’

Kakimuvee

Ryan Reynolds ‘Akan Lakukan Apa Sahaja’ Untuk Lihat Taylor Swift Dalam “Deadpool 3”

Kakimuvee

DEADPOOL 3: Pembaca Bibir Dedah Apa Yang Diperkatakan Oleh Ryan Reynolds & Hugh Jackman

Kakimuvee