Berita

Ryan Reynolds & John Krasinski Bintangi Filem Imaginary Friends

Views

Ryan Reynolds dan John Krasinski bakal bergandingan dalam filem terbaru terbitan Paramount Pictures berjudul Imaginary Friends. 

Filem bertemakan fantasi komedi ala Dr. Dolittle ini berkisarkan tentang seorang lelaki yang mempunyai abiliti untuk melihat dan bercakap dengan rakan khayalan seseorang, dan bahkan berkawan dengan orang-orang yang telah dilupakan atau dibuang.

Walau bagaimanapun, beberapa rakan khayalan yang dilupakan dan kurang kasih sayang, telah berpaling ke sisi gelap dan kini terserah kepada watak Ryan Reynolds untuk menyelamatkan dunia daripada mereka yang menjadi jahat.

Selain bergandingan dengan Ryan Reynolds, John Krasinski akan turut bertindak selaku pengarah, penerbit dan penulis.

Kransinski baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem sekuel A Quiet Place: Part II, manakala filem ini menjadi antara projek terbaru Reynolds selepas terlibat dalam beberapa filem seperti 6 Underground arahakn Michael Bay, sekuel The Hitman's Wife's Bodyguard disamping Samuel L. Jacksaon dan Salma Hayek; filem sci-fi komedi, Free Guy dan yang filem adaptasi A Christmas Carol.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks