Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ryan Reynolds Jelaskan Kenapa Deadpool Tidak Selamatkan Semua Orang

Babak ‘post credit’ filem Deadpool 2 benar-benar memberi banyak persoalan kepada penonton sehinggakan peminat terpaksa mengeluarkan teori mereka sendiri. Namun bagi terus mengelakkan persoalan dan pertanyaan dari peminat, akhirnya pelakon utamanya, Ryan Reynolds menjelaskan salah satu persoalan yang ligat bermain di otak para penonton filem Deadpool 2.

*Amaran! artikel ini mengandungi spoiler untuk filem Deadpool 2, anda dinasihatkan untuk tidak membaca perenggan seterusnya jika masih belum menonton filem tersebut.*

Semasa menghadiri rancangan The Empire Film Podcast, Ryan Reynolds telah ditanyakan soalan tentang keputusan Deadpool yang hanya menyelamatkan Peter, tidak kesemua anggota X-Force yang lain semasa di pergi ke masa lampau dengan menggunakan alat merentas masa milik Cable.

Reynolds mendedahkan bahawa Deadpool sebenarnya hanya mengambil berat terhadap Peter dan tidak menghiraukan anggota X-Force yang lain. Malah antihero tersebut telah berjanji untuk menjaga Peter.

“Well here’s the thing though, I always felt that it was important to save Peter, just because in the helicopter before we jump, I say to him ‘I’d never let anything happen to you, sugar bear. I’m just saying this to impress the other guys.’ And we all jump out of the thing.” 

“So I felt like that was a promise that Wade made early on in the movie, and it was nagging him, so he went back and got Peter.”

Sementara itu, bagi menjawab pertanyaan peminat mengenai karakter X-Force yang mati didalam filem Deadpool 2, salah seorang penulis Paul Wernick telah mendedahkan bahawa mereka sebenarnya mewujudkan karakter tersebut sebagai salah satu tarikan penonton untuk datang menonton filem terbaru Deadpool. 

Malah menurut penulis itu juga, jika karakter-karakter tersebut tidak dapat muncul dalam filem-filem superhero yang lain, mereka patut muncul dalam filem Deadpool.

“Absolutely. Terrified. These are characters that childhoods grow up on. So the idea that Shatterstar just jumps out of a plane and dies, then yeah. But our test with Deadpool is, if you couldn’t do it in another superhero movie then you SHOULD do it in Deadpool. It’s like we’re given the license to push the boundaries and it’s a boundary we definitely worry about. It’s shocking and crazy and funny and we built our whole marketing campaign around these guys. People are coming to the movie thinking these guys are gonna team up and be part of this X-Force and in an instant they’re all dead! Comedy trumped better judgment.” 

Jadi apa pendapat anda mengenai Deadpool yang hanya menyelamatkan Peter dan membiarkan karakter-karakter X-Force yang lain mati begitu sahaja dalam Deadpool 2? berikan pendapat anda diruangan komen.

Related posts

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating