Berita

Ryan Reynolds Hampir Sertai Barisan Pelakon Zombieland: Double Tap

Views

Ketika ditembual Deadline, penulis filem Zombieland: Double Tap Paul Wernick dan Rhett Reese mendedahkan bahawa, aktor Ryan Reynolds hampir sahaja terlibat dalam sekuel filem seram komedi itu dengan membawakan watak sebagai "Albuquerque".

Kedua-dua penulis itu menjelaskan bahawa mereka melakukan segala-galanya untuk membawa masuk Reynolds menyertai barisan pelakon Zombieland: Double Tap, namun sebagai pelakon ternama yang sibuk dengan jadual penggambaran dan tanggungjawab kepada keluarga, perancangan mereka gagal dan watak tersebut diberikan kepada aktor Luke Wilson.

“We made it a goal to do only Ryan Reynolds movies,” “But this one slipped through our fingers. Luke was amazing and it worked out terrific for us.”

Paul Wernick, Rhett Reese dan Ryan Reynolds sebelum ini pernah berkolaborasi dalam projek filem Deadpool dan Deadpool 2. Ketiga-tiga mereka masih meneruskan kerjasama dalam dua projek akan datang seperti filem aksi ngeri arahan Michael Bay, 6 Underground dan filem remake berjudul Clue yang akan diarahkan oleh Jason Bateman.

Zombieland: Double Tap arahan Ruben Fleischer akan berkisarkan tentang Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock bergerak ke lokasi-lokasi penting di Amerika dan terpaksa menentang zombi yang semakin berkembang. Dalam masa yang sama mereka perlu berhadapan dengan kerenah masing-masing.

Filem ini dibintangi pelakon seperti Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone dan Abigail Breslin yang akan meneruskan watak masing-masing serta beberapa pelakon lain yang terdiri daripada Bill Murray yang akan membawakan wataknya dari filem pertama, Zoey Deutch, Avan Jogia, Rosario Dawson, Thomas Middleditch, Luke Wilson dan Dan Aykroyd.

Zombieland: Double Tap akan menemui penonton di Malaysia pada 31 Oktober ini.

shares
Enable Notifications    Ok No thanks