Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

Ryan Reynolds Ganggu Pertemuan Manis Suami Isteri Dalam Klip Terbaru “Hitman’s Wife’s Bodyguard”

Lionsgate telah mengeluarkan satu lagi video klip video The Hitman’s Wife’s Bodyguard dari sekuel aksi komedi yang akan datang, menampilkan bintangnya Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, dan Salma Hayek. Filem yang dinantikan peminat ini akan memulakan tayangannya pada 16 Jun 2021.

Video terbaru itu menampilkan perjumpaan intim antara Darius Kincaid dan isterinya, Sonia. Namun, momen romantis singkat mereka terganggu dengan kemunculan Michael Bryce lakonan Reynolds yang tidak diingini Darius. Anda boleh tonton klip video tersebut dibawah. 

Pasangan pelik yang paling menakutkan di dunia – pengawal peribadi Michael Bryce (Ryan Reynolds) dan pembunuh upahan Darius Kincaid (Samuel L. Jackson) – kembali bergabung dalam misi yang mengancam nyawa. Masih tidak berlesen dan dalam pemantauan, Bryce dipaksa menjaga isteri Darius, yang juga penipu terkenal Sonia Kincaid (Salma Hayek).

Ketika Bryce cuba menjaga pasangan suami isteri itu, mereka secara tidak langsung terlibat dalam plot global, dan tidak lama kemudian mereka mendapati bahawa mereka berhadapan dengan seluruh Eropah dan orang gila yang sangat berdendam dan kuat (Antonio Banderas). Turut menyertai keseronokan dan kekacauan yang cukup gila adalah Morgan Freeman yang akan berperanan sebagai … anda mesti melihat filem ini di pawagam nanti. 

Patrick Hughes kembali ke kerusi pengarahan bersama penulis asal Tom O’Connor yang menulis cerita dan lakon layar bersama-sama Philip dan Brandon Murphy. Syarikt Millennium Media menjadi penerbit bersama-sama Les Weldon, Christa Campbell dan Lati Grobman. 

Filem pertama yang dilancarkan pada 18 Ogos 2017 berjaya mengutip AS$180 juta dolar seluruh dunia dan turut menampilkan pelakon terkenal seperti Gary Oldman, Elodie Yung, Joaquim de Almeida, Kirsty Mitchell dan Richard E. Grant, bersama Reynolds, Jackson dan Hayek

Related posts

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Dune Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Red Band Animasi “Injustice” Tunjuk Kekejaman Superman

Kakimuvee

Venom: Let There Be Carnage Akan Ditayangkan Di Pawagam Malaysia 11 November Ini

Kakimuvee

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

Leave a Comment