Ryan Reynolds tak pernah tak kelakar!
Dalam usaha ‘menghuru-harakan’ media sosial, pelakon serba boleh itu berpura-pura menjadi pengarah dan penulis skrip dengan memuatnaik klip video Green Lantern (2011) versi ‘The Reynolds Cut’ dilaman Twitter miliknya.
Apa yang kelakarnya, The Reynolds Cut menampilkan pelakon Tom Cruise sebagai Green Lantern! serta memaparkan jenaka dari babak kredit filem Deadpool. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.
“Here’s the secret Reynolds Cut of GL you all haven’t been waiting for,” “In order to make it as great as possible we made some judicious cuts.”
Here’s the secret Reynolds Cut of GL you all haven’t been waiting for. In order to make it as great as possible we made some judicious cuts. pic.twitter.com/B2tUelctr8
— Ryan Reynolds (@VancityReynolds) August 4, 2020
Ryan Reynolds sememangnya gemar bergurau dengan para peminat filem superhero, lebih-lebih lagi selepas dia terkenal dengan peranannya sebagai Deadpool. Sebelum membawa watak Deadpool, Reynolds pernah memainkan watak superhero DC iaitu Green Lantern, namun peranannya itu mengundang jenaka dikalangan pengkritik dan peminat.
Apapun, Ryan Reynolds memang kelakar!