
Lihat treler dan poster terbaru untuk filem epik penggembaraan-komedi terbitan Twentieth Century Studios, Free Guy arahan Shawn Levy, dan dibintangi oleh Ryan Reynolds, Jodie Comer, Joe Keery, Lil Rel Howery, Utkarsh Ambudkar dan Taika Waititi. Akan ditayangkan dipawagam tempatan mulai 20 Ogos 2021.
Dalam Free Guy, seorang juruwang bank yang mendapati dirinya adalah pemain latar dalam permainan video dunia-terbuka, telah memutuskan untuk menjadi pahlawan dalam ceritanya sendiri… yang ditulis semula olehnya. Sekarang, di dunia yang tidak ada batasan, dia bertekad untuk menjadi ‘lelaki’ yang menyelamatkan dunia dengan caranya yang tersendiri .. sebelum terlambat.
Free Guy diarahkan oleh Shawn Levy (Stranger Things) berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Matt Lieberman dan Zak Penn, dan cerita oleh Lieberman.
Filem ini diterbitkan Ryan Reynolds, Shawn Levy, Sarah Schechter, Greg Berlanti dan Adam Kolbrenner bersama Mary McLaglen, Josh McLaglen, George Dewey, Dan Levine dan Michael Riley McGrath yang bertindak sebagai penerbit eksekutif.
Tonton trailer dan poster terbaru Free Guy dibawah.