Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Asia

Ryan Reynolds Bakal Membuat Penampilan Istimewa Dalam Rancangan Running Man

SBS mengesahkan bahawa mereka kini sedang dalam rundingan dengan Ryan Reynolds serta beberapa pelakon filem 6 Underground untuk muncul dalam rancangan variety Running Man. 

“Kami sedang berbincang dengan Ryan Reynolds serta dua lagi pelakon 6 Underground iaitu Mélanie Laurent dan Adria Arjona untuk bersama-sama muncul dalam rancangan ‘Running Man’.” – ujar sumber dari SBS.

Menurut laporan eksklusif yang diterbitkan News1 baru-baru ini, Ryan Reynolds akan menjadi tetamu istimewa dalam rancangan Running Man pada awal Disember ini. Dilaporkan juga, rakaman akan bermula sebaik sahaja Reynolds melawat Korea bersama-sama Mélanie Laurent dan Michael Bay pada 2 Disember ini sempena mempromosikan filem Netflix terbaru, 6 Underground. 

Laporan itu turut menyebut bahawa Reynolds telah bersetuju untuk muncul dalam Running Man sebagai salah satu cara untuk meraikan peminat dari Korea dengan gaya yang menyeronokkan di tengah-tengah jadualnya padat.

Walaupun rakaman akan berlangsung dalam tempoh masa yang singkat, Running Man dikatakan merancang segmen yang menyoroti budaya tradisional di Korea.

Pada tahun lalu, Ryan Reynolds telah mengejutkan peminatnya apabila dia membuat penampilan istimewa dalam rancangan The King of Mask Singer terbitan MBC.

Episod yang menampilkan Ryan Reynolds dijangka akan disiarkan pada Disember ini.

Sumber: Soompi

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Nikmati K-idola Terhebat Dalam Festival Muzik & Anugerah Di Astro

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Leave a Comment