Ada banyak sebab kenapa peminat harus menantikan filem Justice League suntingan Zack Snyder.
Salah satunya Ryan Reynolds mungkin kembali sebagai Green Lantern!
Setakat ini, sumber dari YouTuber Grace Randolph (via Comicbookmovie.com) masih dianggap khabar angin dan lucu, tetapi siapa tahu, khabar angin yang disebarkannya mungkin benar?
Menerusi perkongsian di media sosial Twitter, Grace Randolph mendakwa bahawa Reynolds bersedia mengulangi peranan Hal Jordon untuk penampilan cameo dalam filem Justice League suntingan Zack Snyder.
Now that I’ve heard it from a second source it seems word is indeed getting out
and so I can confirm the #SnyderCut cameo I’ve been teasing is indeed Ryan Reynolds for #GreenLantern!!
I’m hearing WB is working on putting the deal together now to make it official!#DC #DCEU pic.twitter.com/CpaMSD99Im
— Grace Randolph (@GraceRandolph) June 23, 2020
Apapun, berita yang dibawa Grace masih dianggap khabar angin, dan walaupun terdapat peluang untuk Reynolds mengulangi peranannya, ianya dianggap kecil.
Selepas berkempen bertahun-tahun, Warner Bros. akhirnya melepaskan filem Justice League versi suntingan Zack Snyder dengan bajet tambahan sekitar $20 hingga $30 juta. Filem tersebut akan disiapkan sepenuhnya mengikut visi Snyder dan akan mula menemui penonton tahun hadapan di perkhidmatan streaming HBO Max.
Justice League ditulis oleh Chris Terrio berdasarkan cerita dari Zack Snyder dan Terrio. Ditayangkan pada 2017, filem adiwira DC ini menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan peminat, dan dianggap gagal dipentas box office apabila hanya meraih $658 juta dolar berbanding kos pembikinan yang mencecah $300 juta dolar.