
Adakah anda peminat tegar Taylor Swift? anda serupa dengan Ryan Reynolds.
Bagi yang tidak tahu, Ryan Reynolds dan isterinya, Blake Lively serta anak-nak bukan sahaja berkawan dengan penyanyi itu, malah mereka juga adalah ‘Swifties’ tegar
Reynolds mempunyai satu impian, iaitu membawa penyanyi itu menyertai filemnya yang akan datang, iaitu Deadpool 3.
Ketika ditanya wartawan Entertainment Tonight semasa acara karpet merah di tayangan perdana festival muzik Spirited, pelakon dan penerbit itu berkata, dia berharap impiannya dapat direalisasikan.
“Sudah tentu! Adakah anda bergurau? Saya akan lakukan apa sahaja untuk wanita itu. Dia seorang yang genius.”
Semasa penampilan terakhirnya sebagai Wade Wilson, dalam filem terdahulu, peminat pernah perasan bahawa dia memakai t-shirt yang memaparkan kucing Swift.
Reynolds pernah mengajak rakan-rakan bintangnya, seperti Dwayne Johnson, Channing Tatum, Hugh Jackman, John Krasinski, dan Chris Evans, untuk membuat penampilan cameo dalam filemnya, iaitu Free Guy.
Jadi, tidak mustahil dia boleh melakukan pekara yang sama dengan membawa Swift membuat penampilan yang tidak disangka dalam filem Deadpool 3 yang akan datang.