Minggu ini menjadi minggu paling tragik dalam team produksi Deadpool 2 apabila pelakon lagak ngeri mereka terbunuh semasa melakukan satu babak aksi untuk filem berkenaan. Walaupun tragedi tersebut melibatkan kematian, jadual pengambaran tetap diteruskan dan tiada penangguhan tarikh tayangan filem Deadpool 2.
Ryan Reynold yang sedang mempromosikan filem terbaru beliau bersama Samuel L. Jackson, The Hitman’s Bodyguard telah ditanya oleh wartawan sama ada akan terdapat “time travel” dalam filem Deadpool 2 akan datang.
Ryan membayangkan mungkin akan ada babak “time travel” yang melibatkan watak yang dilakonkan oleh Josh Brolin, Cable.
“It is possible,”
Malah Ryan juga memberitahu wartawan bahawa mereka akan tahu tidak lama lagi. Tidak dapat dipastikan sama ada Ryan bermaksud trailer Deadpool 2 atau kemungkinan mereka akan dedahkan sedikit details mengenai Deadpool 2 di media.
“Your answers will all be, they’ll be soon. They’ll be coming soon.”
Seperti yang kita semua tahu, Cable merupakan anak kepada Cyclops dan Madelyne Pryor dan kemudiannya telah dihantar ke masa hadapan semasa bayi disebabkan penyakit misteri dan kembali ke masa sekarang melalui pengembaraan masa.
Tambahan pula, gambar rasmi yang memaparkan penampilan Cable dalam Deadpool 2 banyak memberi petunjukan bahawa karakter tersebut datang dari masa hadapan.
Kita tunggu apa yang bakal didedahkan oleh Ryan Reynold mengenai filem Deadpool 2 nanti.