Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

Ryan Gosling Bertemu Chris Evans Dalam Klip Video “They Gray Man”

Netflix telah mendedahkan klip video berdurasi 2 minit The Gray Man, filem aksi thriller yang dinanti-nantikan dari pengarah Joe dan Anthony Russo. Filem tersebut akan membuat debut di perkhidmatan penstriman Netflix pada 22 Julai ini. 

Klip The Gray Man, yang anda boleh lihat di bawah, menampilkan pertemuan pertama antara Court Gentry lakonan Ryan Gosling dan Lloyd Hansen lakonan Chris Evans semasa mereka cuba untuk mengatasi antara satu sama lain. Ia juga turut menampilakn Dani Miranda lakonan Ana de Armas, yang menembak Lloyd dengan ubat penenang.


Filem akan datang, yang merupakan adaptasi dari novel karya Mark Greaney tahun 2009 dengan nama yang sama, mengikuti Court Gentry, a.k.a. Sierra Six (Gosling), seorang ejen yang berkemahiran tinggi, yang tiba-tiba mendapati dirinya diburu di seluruh dunia oleh bekas rakan sekerja Lloyd Hansen (Chris Evans), yang tidak akan berhenti untuk menghentikannya

Selain Gosling dan Evans, The Gray Man menampilkan calon Golden Globe Ana de Armas (Knivess Out, No Time to Die, Jessica Henwick (The Matrix ResurrectionsIron Fist), Wagner Moura (NarcosSergio), Julia Butters (Once Upon a Time in HollywoodAmerican Housewife), Dhanush (RaanjhanaaVada Chennai), Regé-Jean Page (BridgertonDungeons & Dragons), Alfre Woodard (Luke CageCaptain America: Civil War), dan Billy Bob Thornton (Monster’s BallFargo).

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment