Berita

Ryan Gosling Akan Menjadi Orang Serigala Dalam Filem Reboot WOLFMAN

Views

Selepas kejayaan filem The Invisible Man arahan Leigh Whannell, Universal Studios bakal menghasilkan semula filem klasik 'monster' berjudul Wolfman. 

Menurut laporan Variety, bintang La La Land, Ryan Gosling sedang dipancing pihak studio untuk memainkan watak utama, manakala beberapa pengarah telah disenarai pendek Universal. Antara nama yang disebut-sebut untuk mengarahkan filem Wolfman adalam Cory Finley (Bad Education)

Penulis siri televisyen Orange in the New Black, Lauren Schuker Blum dan Rebeca Angelo telah dipilih untuk menulis lakonlayar filem ini.

Plot masih belum didedahkan, tetapi menurut sumber ianya akan ditetapkan pada zaman sekarang dan akan mengikut jejak langkah filem lakonan Jake Gyllenhall, Nightcrawler. 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks