Russo Brothers Bakal Terbitkan Filem Adaptasi Anime, Battle Of The Planets

358
views

Berita terbaru dari konvensyen San Diego Comic Con (SDCC). Spekulasi mengenai projek terbaru Russo Brothers selepas Avengers: Endgame akhinya terjawab mereka berdua mendedahkan bakal menerbit dan berkemungkinan besar, mengarahkan filem Battle of the Planets tidak lama lagi.

Ketika bercakap semasa sesi panel di SDCC, Joe Russo turut memberitahu, jika mereka mengarahkan filem Battle of the Planets, berkemungkinan filem tersebut adalah filem ‘live action’.

“If we were to make it, it would be a live-action film,”

Battle of the Planet merupakan siri anime Amerika Syarikat yang diadaptasikan dari siri anime Jepun berjudul Science Ninja Team Gatchaman ciptaan Tatsuo Yoshida dan Tatsunoko Studios. Dihasilkan oleh Sandy Frank Entertainment, Battle of the Planet mengisahkan tentang 5 anak muda yang dikenali sebagai G-Force yang melindungi Bumi dari ancaman Planet Spectra dan musuh-musuh dari angkasa lepas.

Setakat ini, penulis skrip dan pengarah untuk filem Battle of the Planet masih belum diumumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here