Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Russell Crowe Mengamuk Dalam Trailer UNHINGED

TGV Pictures bakal membawakan kepada penonton sebuah filem psychological thriller berjudul Unhinged lakonan pemenang Anugerah Academy, Russel Crowe. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Seperti hari-hari biasa, seorang ibu tunggal, Rachel (Caren Pistorius) telah lewat ke tempat kerja ketika dia bertembung dengan seorang lelaki asing di lampu isyarat. Perbuatannya yang membunyikan hon berkali-kali sambil memarahi lelaki tersebut mengundang malang buatnya, apabila dia mula dihendap oleh lelaki itu. Unhinged akan membawa penonton menyaksikan permainan kucing dan tikus yang cukup merbahaya dan memberi debaran.

Unhinged diterbitkan Solstice Studios dan diarahkan Derrick Borte. Lakon layar ditulis oleh Carl Ellsworth (Red Eye, Disturbia) dan Lisa Ellzey. Turut menyertai barisan pelakon adalah Caren Pistorius, Gabriel Bateman, Jimmi Simpson, dan Austin P. McKenzie.

Setakat ini, tarikh tayangan di Malaysia masih belum ditetapkan.

Related posts

Ryan Reynolds Baru Tahu Dia Adalah NPC Dalam Trailer “Free Guy”

Kakimuvee

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

LOKI: TVA Bertemu Loki Dalam Video Klip Terbaru

Kakimuvee

[TRAILER] Nevertheless Goda Kisah Romantik Antara Song Kang & Han So-Hee

Zulaikha

Critically-acclaimed Taiwanese drama Tears On Fire to stream on Netflix Malaysia on 26 June

Zulaikha

[VIDEO] Netflix Umum Tarikh Tayangan Episod Istimewa “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating