Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Russell Crowe Bawa Watak Zeus Dalam “Thor: Love and Thunder”

Russell Crowe sah menyertai Marvel Cinematic Universe menerusi filem akan datang Thor: Love and Thunder. Pelakon itu mendedahkan pekara tersebut dalam wawancara radio baru-baru ini. Menurut Crowe, dia telah melakukan hari terakhir penggambarannya sebagai Zeus, yang terkenal sebagai bapa kepada Heracles dan pemerintah dewa Olympian. 

“Saya akan menaiki basikal saya dan saya akan naik ke Disney Fox Studios,” kata Crowe kepada stesen radio Australia, Joy 94.9. “Sekitar jam 9:15, saya akan menjadi Zeus! Ini untuk Thor. Ini adalah hari terakhir Zeus-ing dan saya akan menikmatinya. “

Dalam kanon Marvel, Zeus adalah Dewa Petir dan Kebijaksanaan dari Olympian. Anak bongsu Cronus, yang kemudiannya dibunuh untuk mengambil takhta, Zeus memiliki abiliti super seperti kekuatan dan keabadian. Agak menarik melihat penambahan Greek mitologi dalam MCU memandangkan Thor datangnya dari mitologi Germanic. 

Dalam Thor: Love and Thunder, Crowe akan menyertai barisan pelakon bintang seperti Chris Hemsworth, Tessa Thompson dan Natalie Portman. Selain itu juga, filem terbaru MCU itu bakal menyaksikan penampilan Chris Pratt, Vin Diesel serta beberapa ahli Guardians of the Galaxy yang lain. Pelakon Matt Damon dan Melissa Mccarthy juga berada di Australia untuk menjalani penggambaran. 

Entri terbaru Thor diarahkan oleh pengarah New Zealand Taika Waititi (Jojo Rabbit), berdasarkan skrip yang ditulis Waititi sendiri bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great). Pelakon Christian Bale (American Psycho) akan memainkan watak antagonis utama iaitu Gorr the God Butcher. 

Thor: Love and Thunder akan ditayangkan pada 6 Mei 2022. 

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment