Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rusia Mungkin Ban Filem Beauty and the Beast Kerana Propaganda Gay

Filem live action romantik klasik, Beauty and the Beast terbitan Walt Disney yang akan ditayangkan dalam beberapa minggu lagi mungkin akan menerima tamparan besar apabila, Rusia dikatakan sedang menimbang untuk mengharamkan filem berkenaan dari ditayangkan di negara mereka.

Ini gara-gara pengarah filem berkenaan, Bill Condon mengesahkan salah satu karakter filemnya merupakan karakter homoseksual. Karakter yang dimaksudkan ialah LeFou dan karakter tersebut merupakan karakter gay pertama yang dihasilkan oleh Walt Disney.

Selain Rusia, beberapa pawagam persendirian di US juga mengambil langkah yang sama apabila mengharamkan filem berkenaan sebagai tanda memprotes karakter gay yang ada dalam filem berkenaan. Sebagai contoh Alabama Drive-In theater semalam mengumumkan pawagam mereka tidak akan menayangkan filem Beauty and the Beast atas alasan tersebut.

Menurut laman web Deadline, ahli parlimen Russia dari parti United Russia, Vitaly Milonov telah memaksa Menteri Kebudayaan Rusia, Vladimir Medinsky untuk mengharamkan filem berkenaan supaya mematuhi undang-undang anti-gay yang dikuatkuasakan dalam negara mereka.

Antara babak Le Fou dalam filem Beauty and the Beast

Filem ini dlaporkan akan ditayangkan pada 16 Mac ini, awal sehari dari negara US, tetapi perkembangan terbaru ini mungkin merencatkan jadual tayangan filem berkenaan.

Dalam versi terbaru Beauty and the Beast menunjukan karakter Le Fou yang dibawa oleh Josh Gad mempunyai perasaan terhadap karakter Gaston yang dilakonkan oleh Dan Stevens. Pengarah Condon mengambarkan Le Fou mahu mendampingi Gaston dan menciumnya.

Gaston & Le Fou

Filem ini telah disahkan mempunyai moment gay pertama dalam mana-mana filem – filem keluaran Disney dan Le Fou adalah karakter Gay pertama Disney. Interview antara Condon dan laman web Screencrush mengenai kontroversi gay yang terdapat dalam karakter filem ini:

“Oh God. Can I just tell you? It’s all been overblown. Because it’s just this, it’s part of just what we had fun with. You saw the movie, yeah? You know what I mean. I feel like the kind of thing has been, I wish it were. I love the way it plays pure when people don’t know and it comes as a nice surprise.”

Berita mengenai pengharaman ini pasti memberi kesan kepada filem Beauty and the Beast yang dijangka akan mengutip lebih $100juta pada minggu pertama tayangan nanti.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment