Slot Asia

Rurouni Kenshin The Final / The Beginning Ditunda Ke Tahun Hadapan

Views

Bagi yang menanti filem Rurouni Kenshin The Final / The Beginning, anda mungkin terpaksa menunggu sedikit lama.

Pandemik COVID-19 dan keadaan darurat yang diumumkan di Jepun telah menghentikan keseluruhan operasi dan produksi pihak studio; dedah pengarah Keishi Otomo.

Ini memaksa pihak studio menunda dua filem finale Rurouni Kenshin iaitu The Final dan The Beginning dari tarikh 3 Julai 2020 dan 7 Ogos 2020 ke tahun hadapan iaitu pada penghujung April dan awal Mei.

Finale Rurouni Kenshin berdasarkan kisah Jinchu, kesimpulan kepada manga asal. Filem pertama membongkar misteri parut bersilang pada wajah Kenshin, sementara filem kedua akan mengikuti pertembungannya terhadap musuh yang paling menakutkan, Enishi.

Berdasarkan manga karya Watsuki Nobuhiro, siri filem live action Rurouni Kenshin telah dimulakan pada 2012, diikuti dua sekuel berjudul Rurouni Kenshin: Kyto Inferno (2014) dan Rurouni Kenshin: The Legends End.

Takeru Satoh kembali memainkan peranannya sebagai Kenshin Himura. Dia turut disertai Emi Takei sebagai Kaoru Kamiya, Munetaka Aoki sebagai Sanosuke Sagara, Yu Aoi sebagai Megumi Takani dan Riku Ohnishi sebagai Yahiko Myojin

Warner Bros. Japan menjadi pengedar untuk filem ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks