Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rurouni Kenshin Kembali Dengan Dua Filem Terakhir Tayangan 2020

Siri ‘live action’ Rurounin Kenshin akan kembali lagi pada musim panas tahun hadapan dengan filem terbaru untuk bab terakhirnya.

Kedua-dua filem akan datang berdasarkan kepada kisah Jinchu, kesimpulan kepada manga asal. Filem pertama membongkar misteri parut bersilang pada wajah Kenshin, sementara filem kedua akan mengikuti pertembungannya terhadap musuh yang paling menakutkan, Enishi.


Berdasarkan manga karya Watsuki Nobuhiro, siri filem live action Rurouni Kenshin telah dimulakan pada 2012, diikuti dua sekuel berjudul Rurouni Kenshin: Kyto Inferno (2014) dan Rurouni Kenshin: The Legends End. 

Takeru Satoh kembali memainkan peranannya sebagai Kenshin Himura. Dia turut disertai Emi Takei sebagai Kaoru Kamiya, Munetaka Aoki sebagai Sanosuke Sagara, Yu Aoi sebagai Megumi Takani dan Riku Ohnishi sebagai Yahiko Myojin

Keishi Ohtomo akan bertindak selaku pengarah. Rurouni Kenshin: The Final akan ditayangkan di Jepun pada 3 Julai diikuti Rurouni Kenshin: The Beginning 7 Ogos 2020. Warner Bros. Japan menjadi pengedar untuk filem ini.

Related posts

Saksikan Rompakan Yang Tidak Pernah Anda Lihat Dalam Teaser Terbaru “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”

Zulaikha

Drama Romantik Supernatural “Kiss Sixth Sense” Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar 25 Mei Ini

Zulaikha

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

SBS Sahkah Tarikh Tayangan K-Drama Terbaru “Today’s Webtoon”

Zulaikha

6 Sebab Kenapa The Sound of Magic Akan Memukau Anda

Zulaikha

7 K-Drama Fantasi Netflix Yang Akan Membuatkan Anda Terpesona.

Zulaikha

Leave a Comment