Berita

Rundingan Di Antara Jonah Hill & Warner Bros. Gagal, Tidak Lagi Dikaitkan Dengan Filem The Batman

Views

Pelbagai sumber melaporkan bahawa Jonah Hill telah menghentikan rundingan dengan studio Warner Bros untuk sertai barisan pelakon filem The Batman. 

Sebab utama kegagalan rundingan tidak dinyatakan, tetapi berdasarkan ‘Tweet’ dari penulis The Hollywood Reporter, “tiada kesepakatan diantara Warner Bros. dan pelakon,” mungkin menunjukkan bahawa pihak studio tidak mahu memenuhi harga yang diminta pelakonnya.

Hill sebelum ini telah dikaitkan dengan peranan villain dalam filem The Batman arahan Matt Reeves, bagaimanapun rundingan diantara kedua-dua pihak nampak begitu sukar apabila pelakon tersebut meminta bayaran yang lebih tinggi dari pelakon utamanya iaitu Robert Pattinson.

Sementara itu, pelakon Seth Rogen kini menjadi pilihan pihak studio untuk membawakan watak Oswald Cobbelpot a.k.a The Penguin, namun Warner Bros. masih belum membuat tawaran kepada pelakon tersebut.

Awal minggu ini, aktres Zoe Kravitz telah dipilih untuk membawa watak sebagai Catwoman. Dia akan menyertai Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne / Batman dan Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon.

BACA:  George Lucas Rasa Diri Teraniaya Ideanya Untuk Filem Star Wars Ditolak Disney

The Batman akan memulakan produksi awal tahun hadapan dan dijangka menemui penonton pada 25 Jun 2021.

Tinggalkan Balasan

shares