Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

RUMOURED: Babak Luis Bercerita 10 Tahun Perjalanan MCU Antara Babak Tambahan Avengers: Endgame

Semalam, presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengumumkan Avengers: Endgame akan ditayangkan semula dilayar perak dengan penambahan babak-babak baru yang tidak ditunjukkan dalam versi asal.

Jangan salah faham, versi terbaru ini bukanlah versi ‘director cut’ , tetapi hanya akan memasukkan babak ‘post credit’, tribute kepada Stan Lee dan beberapa kejutan untuk peminat.

Bagaimanapun terdapat khabar angin yang mengatakan antara babak kejutan yang akan dimasukkan dalam versi terbaru Avengers: Endgame adalah babak Luis (Michael Peña) bercerita mengenai perjalanan 10 tahun Marvel Cinematic Universe (MCU).

Terdahulu, Kevin Feige sebelum ini telah mengesahkan bahawa terdapat rakaman Luis bercerita mengenai sejarah 10 tahun perjalanan MCU tetapi tidak mendedahkan sama ada akan ditayangkan kepada umum ataupun tidak

Jika khabar angin ini tepat, adalah sangat berbaloi untuk menonton semula versi terbaru Avengers: Endgame dipawagam.

Jadi sanggupkah anda mengeluarkan duit semata-mata untuk menonton babak Luis bercerita mengenai MCU serta menonton babak-babak tribute Stan Lee dan ‘post credit’? kongsikan pendapat anda.

Avengers: Endgame akan ditayangkan semula pada minggu hadapan

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Leave a Comment