Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

RUMOR: Sony Dilaporkan Membuat Tawaran Baru Kepada Disney, Venom Sebahagian Daripada MCU

Diharapkan jerebu segera berlalu agar memberi sedikit sinar kepada peminat filem-filem Marvel. Khabar angin terbaru yang didedahkan oleh laman Wegothiscovered mungkin dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada para peminat Marvel khususnya yang meminati karakter Spider-Man.

Sony dilaporkan ingin kembali ke meja rundingan dengan membuat tawaran baru dimana pihak Disney akan mendapat hak pembiayaan / keuntungan sebanyak 30% dari karakter Spider-Man. Perjanjian itu juga turut menyebut, Venom haruslah menjadi sebahagian daripada MCU. berikut keratan artikel yang dikeluarkan laman tersebut.

According to our trusted sources – the same ones who told us Marvel was developing a She-Hulk and Ms. Marvel show well before they were officially announced – the two parties are still talking and the current deal on the table is apparently for Disney to get 30% of Spider-Man. However, the agreement does ask that Venom be part of the MCU. At the moment, however, it’s unclear if the Mouse House is willing to accept the terms.

Buat masa ini peminat Marvel tidak perlu bergembira secara berlebihan, kerana ianya masih diperingkat khabar angin. Cuma diharapkan, Sony dan Disney dapat kembali duduk semeja agar Spider-Man kekal dalam MCU.

Dan.. jika apa yang diperkatakan oleh sumber itu tepat, Disney haruslah menerima tawaran yang diberikan oleh Sony, lebih-lebih lagi mereka turut menawarkan karakter Venom untuk menjadi sebahagian daripada MCU, sesuatu yang sangat diidamkan oleh peminat-peminat MCU / Spider-Man.

Sony dan Disney sebelum ini ‘berperang’ disebabkan permintaan Disney yang mahukan keuntungan bersama untuk filem Spider-Man. Permintaan Disney itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Sony sehingga menyebabkan Sony menarik balik penggunaan karakter Spider-Man dari MCU. Krisis yang berlaku antara dua studio besar itu telah mengundang keresahan dikalangan peminat-peminat MCU, lebih-lebih lagi selepas beberapa orang penting kedua-dua studio terbabit menyatakan bahawa pintu rundingan telah tertutup.

Apapun kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya dimasa akan datang, dan diharapkan kedua-dua pihak kembali duduk semeja demi peminat.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment