Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

[RUMOR] Marvel Mahu Hugh Jackman Kembali Sebagai Wolverine


Terdapat banyak teka-teki menyelubungi perancangan membawa masuk X-Men ke dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Antara yang sering diperkatakan adalah bagaiamana mereka akan menguruskan watak Wolverine.

Wolverine merupakan salah satu ahli penting dalam francais filem X-Men, sudah pasti watak tersebut akan menjadi keutamaan Marvel Studios. Namun, prestasi mantap Hugh Jackman sebagai Wolverine dalam filem Logan telah memberi sedikit masalah kepada pihak studio kerana mereka perlu mencari pelakon yang sesuai bagi menggantikan Jackman yang telah bersara dari meneruskan watak ikonik Marvel itu.

Menurut sebuah rancangan Youtube TVO of Lords of the Long Box, Hugh Jackman dikhabarkan masih menjadi pilihan pertama Marvel Studios untuk membawakan watak Wolverine walaupaun pelakon yang berasal dari Australia itu telah mengumumkan persaraannya dari dunia perfileman komik adiwira.

Kaitan Jackman dalam MCU bermula selepas terdapat khabar angin mengenai perancangan Marvel Studios untuk hasilkan filem Wolverine vs Hulk.

Filem tersebut masih belum disahkan, tetapi Jackman sebelum ini pernah mendedahkan impiannya untuk bertarung dengan Hulk di skrin besar, dan mengakui berita pemilikan X-Men oleh Marvel hampir membuatkannya ingin kembali dari persaraan. Namun, dia masih tetap dengan keputusannya, untuk tidak mengeluarkan ‘cakar adamantium’ lagi walaupun terdapat filem ‘crossover’ bersama karakter Deadpool.


Marvel dilihat bersungguh-sungguh mahu membawa masuk Jackman ke dalam MCU. Meskipun dia enggan kembali sebagai Wolverine, masih terdapat banyak ruang untuk pelakon tersebut membawakan watak ikonik komik, seperti Doctor Doom. Apapun, ia bergantung kepada keputusannya, sama ada mahu kembali dalam filem-filem Marvel, ataupun tidak.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee