Berita

RUMOR: Deadpool Akan Ditayangkan Pada 2022

Views

Baru-baru ini, Ryan Reynolds telah memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan dirinya ‘berposing’ dihadapan logo Marvel Studios. Pelakon itu tidak menjelaskan tujuan kehadirannya disana, sebaliknya memberitahu dia ‘direnjat’ oleh seseorang.

Bagaimanapun, menurut laporan dari laman We Got This Covered, mereka mendapat info mengenai filem ketiga Deadpool yang mungkin menggembirakan peminat-peminat antihero yang bermulut celupar itu.

Dikhabarkan, filem Deadpool 3 kini sedang dalam pembangunan dan dijangka akan ditayangkan selewat-lewatnya pada 2022. Lebih menarik, pelakon Zazie Beetz dan Josh Brolin akan turut kembali memainkan peranan mereka dalam filem itu nanti.

Berita gembira ini tidak terhenti setakat ini sahaja, pihak Marvel dikatakan merancang untuk membuat pengumuman rasmi dalam masa yang terdekat – berkemungkinan pada bulan ini.

Buat masa ini butiran mengenai plot, pengarah dan segala-galanya masih tidak didedahkan. Mungkin kita akan mengentahui semua maklumat mengenai Deadpool 3 apabila ia diumumkan secara rasmi nanti.

Filem Deadpool masih mengekalkan rating – R untuk filem akan datang, cuma halatuju karakter ini dalam MCU hanya akan diketahui sebaik sahaja filem ketiganya dihasilkan atau mungkin dalam salah satu filem Marvel akan datang.

BACA:  Spider-Man Kembali Ke MCU, Menjadi Sebahagian Fasa 4 Selepas Disney & Sony Mencapai Persetujuan Bersama

Tinggalkan Balasan

shares