Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

RUMOR: Bond 25 Akan Menyaksikan 007 Versi Wanita?

Sejak Daniel Craig mengumumkan untuk bersara dari membawakan watak James Bond, terdapat banyak spekulasi dan perdebatan mengenai aktor manakah yang sesuai untuk meneruskan watak ejen 007, sama ada pelakon tersebut berkulit hitam ataupun meneruskan kriteria tradisional James Bond, iaitu berkulit putih, British dan kacak.

Bagaimanapun, desas-desus terbaru mengenai ejen 007 dalam filem Bond 25 bakal mengejutkan semua pihak. Menurut laporan dari dailymail.co.uk, ejen 007 seterusnya adalah berkulit hitam dan lebih menarik watak tersebut adalah seorang wanita yang akan dilakonkan oleh pelakon wanita British, Lashana Lynch.

Sabar dulu, menurut laporan akhbar tersebut, James Bond tetap seorang lelaki, tetapi ‘codename’ 007 telah diserahkan kepada ejen wanita MI6 selepas Bond bersara dari dunia perisikan. Berdasarkan sinopsis Bond 25, Bond sedang bercuti di Jamaica sebelum dipanggil semula oleh bekas ketuanya iaitu  M – lakonan Ralph Fiennes, untuk membantu menangani krisis global.

Terdapat babak penting dalam filem Bond 25 dimana M memanggil 007 yang menyaksikan watak Lashana, – seorang wanita berkulit hitam dan cantik – datang berjumpa dengannya.

“There is a pivotal scene at the start of the film where M says ‘Come in 007’, and in walks Lashana who is black, beautiful and a woman.”

“It’s a popcorn-dropping moment. Bond is still Bond but he’s been replaced as 007 by this stunning woman”

Menurut laporan itu lagi, tiada lagi terma ‘Bond girls’ seperti dalam filem-filem James Bond sebelum ini. Sebaliknya ia diganti dengan ‘Bond Women’ dimana wanita akan dilayan sebaiknya dan tidak terpengaruh dengan tarikan seksual James Bond.

Lashana Lynch mungkin membawakan watak ejen 007 dalam filem Bond 25 akan datang, tetapi aktres tersebut tidak akan menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond secara ‘total’. 007 versi wanita ini mungkin sekadar plot penceritaaan dalam filem Bond 25 memandangkan ejen sebenar yang menggunakan ‘codename’ tersebut iaitu James Bond telah bersara.

Dan watak Lashana juga bukan watak tipikal gadis-gadis Bond sebelumnya, sebaliknya dia seorang ejen yang bersesuai dengan ‘codename’ yang diberi dan tidak terpengaruh dengan godaan James Bond.

Apapun pencarian pelakon baru sebagai James Bond bagi menggantikan Daniel Craig tentunya dari kalangan lelaki kerana salah satu ciri utama karakter ikonik tersebut adalah lelaki, seiring dengan nama iaitu James Bond.

Jadi kepada peminat-peminat James Bond, apa pendapat anda mengenai ejen 007 versi wanita ini?

 Bond 25 dijangka akan menemui penonton pada 9 April 2020.

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment