Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

RUMOR: Black Panther 2 Mungkin Memperkenalkan Doctor Doom Ke MCU

Semasa Konvensyen San Diego Comic-Con yang lalu, Marvel Studios tidak menerangkan secara terperinci mengenai perancangan mereka untuk membawa masuk karakter-karakter Marvel milik Fox ke Marvel Cinematic Universe (MCU).

Presidennya, Kevin Feige sekadar memberitahu bahawa pihak studio sudah mempunyai perancangan untuk karakter seperti Fantastic Four dan X-Men, tetapi ia masih samar-samar.

Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai spekulasi dan khabar angin mengenai karakter pertama yang akan membuat debut di MCU, antara yang dikaitkan adalah Doctor Doom.

Menurut penulis Charles Murphy (via ComicBookMovie), terdapat perancangan bahawa Black Panther 2 mungkin akan memperkenalkan Doctor Doom sebagai penjahat utama.

“Victor Von Doom will began expanding his empire, conquering parts of Africa and, ultimately, come into conflict with the nation of Wakanda and the Black Panther.”

Murphy bagaimanapun menjelaskan ia sekadar khabar angin, tetapi khabar angin yang dia terima datangnya dari sumber yang boleh dipercayai.

Skrip Black Panther 2 dikhabarkan masih lagi belum siap sepenuhnya, dan pengarah Ryan Coogler mempunyai banyak pilihan dalam merangka cerita utama dalam filem sekuel akan datang. Jadi tidak mustahil, terdapat maklumat penting yang bocor sehingga ke pengentahuan peminat.

Apapun sebagai peminat, kita anggap kaitan Doctor Doom dalam filem Black Panther 2 sebagai khabar angin sahaja, dan menunggu perkembangan rasmi filem itu dimasa akan datang.

Sekadar informasi, Doctor Doom dan Black Panther pernah beberapa kali bertarung dalam versi komik dan antara yang popular menerusi komik Doomwar yang diterbitkan sekitar 2010.

Black Panther 2 dijangka akan menemui penonton pada 6 Mei 2022.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment