Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Ruby Rose Berundur Dari Peranan BATWOMAN


Rancangan bersiri The CW Batwoman telah kehilangan bintang utamanya iaitu Ruby Rose (John Wick: Chapter Two) menjelang produksi musim kedua. Pengunduran Rose dari peranan tersebut memaksa Warner Bros. TV mencari pengganti sebelum bermulanya penggambaran untuk musim terbaru.

Sebab pengunduran pelakon berusia 34 tahun itu dari rancangan Batwoman bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum.

“Saya telah membuat keputusan yang sangat sukar untuk tidak kembali ke Batwoman musim depan,” – ujarnya dalam satu kenyataan.

“Ini bukan satu keputusan yang mudah, karana saya sangat menghormati para pelakon, kru dan semua orang yang terlibat dengan rancangan.

“Saya sangat menghargai Greg Berlanti, Sarah Schechter dan Caroline Dries kerana tidak hanya memberi saya peluang luar biasa ini, tetapi turut mengalu-alukan saya ke dunia DC yang telah mereka ciptakan dengan begitu indah.


“Terima kasih Peter Roth dan Mark Pedowitz dan pasukan di Warner Bros. dan The CW yang banyak memberikan komitmen pada rancangan ini dan selalu mempercayai saya. Terima kasih kepada semua yang berjaya menjayakan musim pertama – saya sangat berterima kasih. “

Musim pertama Batwoman ditamatkan awal selepas terpaksa menutup produksi akibat pandemik COVID-19. Penutupan tersebut menyaksikan Batwoman hanya memiliki 20 episod berbanding perancangan awal iaitu 22 episod.

Setakat ini pencarian pelakon pengganti sedang giat dijalankan pihak studio.

Berdasarkan dari karakter komik DC, Batwoman diterbitkan Berlanti Productions dengan kerjasama Warner Bros. Television bersama-sama penerbit eksekutif Greg Berlanti, Caroline Dries, Geoff Johns, dan Sarah Schechter.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee