Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Ruby Rose Akan Mengalas Watak Batwoman Dalam Siri Crossover The CW


Pelakon filem John Wick: Chapter 2 dan The Meg, Ruby Rose telah disahkan akan membawa watak Batwoman dalam siri DC ‘superhero crossover’ terbaru The CW dan juga siri terbaru berjudul Batwoman yang kini sedang dalam peringkat pembangunan.

Caroline Dries buat masa ini sedang merangka skrip siri ini berdasarkan karakter komik DC iaitu Kate Kane. Sebagai seorang yang memiliki kekayaan yang luar biasa dan pakar dalam seni mempertahankan diri, Kate Kane mengambil inspirasi dari Batman dengan menjadi adiwira Batwoman dalam membanteras jenayah di bandar Gotham.

Karakter Batwoman pertama kali diperkenalkan dalam komik Detective Comics yang diterbitkan pada tahn 1956. Karakter itu kemudiannya dihasilkan semula dalam komik terbaru DC, New 52 dan digambarkan sebagai seorang lesbian.

Greg Berlanti yang menerbitkan sebahagian besar siri superhero The CW akan menjadi penerbit untuk siri terbaru ini bersama-sama Sarah Schechter, dan bos DC, Geoff Johns.

Siri crossover The CW akan bersiaran pada Disember 2018 ini manakala Batwoman dijangka akan bersiaran pada 2019.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

The CW Batal  Legends of Tomorrow & Batwoman

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Trailer The Flash: Armageddon Mengusik Acara Crossover 5-Bahagian

Kakimuvee