Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ruben Fleischer Akan Mengarahkan Filem ‘Uncharted’

Selepas pengunduran Travis Knight (Bumblebee) perancangan filem Uncharted terbitan Sony kembali ke landasan apabila bekas pengarah Zombieland, Ruber Fleischer dipilih untuk mengarahkan filem adaptasi permainan video itu.

Nama Fleischer meletup selepas filem pertamanya, Zombieland menjadi hit pada 2009. Dia kemudiannya menghasilkan filem 30 Minutes or Less dan Gangster Squad serta mengarahkan filem box office, Venom dan sekuel Zombieland: Double Tap. 

Uncharted merupakan prekuel kepada siri permainan video dimana ia akan menceritakan Nathan Drake (Tom Holland) yang pertama kali berhadapan dengan bakal rakannya, Victor Sullivan (Mark Walberg) dan akan membentuk cerita yang akan mengaitkan keseluruhan francais permainan video Uncharted.

Berdasarkan permainan video aksi penggembaraan berjudul Uncharted: Drake’s Fortune yang dihasilkan Naughty Dog dan Sony Interactive. Ia membawa pemain menyertai penggembaraan keturunan pengembara terkenal Sir Francis Drake, iaitu Nate Drake – seorang pemburu harta karun yang menjumpa kota emas El Dorado yang terletak di Amerika Selatan. Pencariaannya bagaimanapun turut disertai musuhnya dan terpaksa berhadapan dengan makhkluk-makhluk menakutkan.

Tarikh baru tayangan filem Uncharted masih belum didedahkan pihak studio.

Related posts

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Leave a Comment