Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Royal Secret Agent” Bermula Baik, “The Penthouse” Terus Cipta Rekod Peribadi


Drama KBS Royal Secret Agent bermula baik apabila mencatatkan purata rating sebanyak 5.0 peratus. 

Ini drama pertama KBS dalam slot petang Isnin-Selasa sejak Zombi Detective dua bulan yang lalu. Malah ia juga mencatat rating yang lebih baik dari drama sebelumnya, dimana Zombi Detective merekodkan rating sekitara 2-3 peratus sepanjang siarannya.

Royal Secret Agent, yang sebelum ini dikenali sebagai Secret Royal Inspector, dibintangi Myung Soo, Kwon Nara dan Lee Yi Kyung. Ia merupakan drama sejarah mengenai inspektor rahsia kerajaan pada zaman dinasti Joseon yang menyamar di wilayah untuk membawa keadilan, membongkar rasuah, dan menyelesaikan masalah rakyat.

Sementara itu di SBS, The Penthouse terus kukuh dengan rating terbaru sebanyak 19.1 peratus dan 23.7 peratus, sekaligus mencipta rekod terbaru untuk drama tersebut. Sebelum ini, The Penthouse telah mencatat rekod peribadi dengan rating sebanyak 23.3 peratus.

Di MBC, Kairos merekodkan rating sebanyak 2.7 dan 2.2 peratus, penuruan berbanding episod sebelumnya, manakala di tvN, Awaken turut mencatatkan penurunan dengan rating sebanyak 3.451 peratus.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee