
Drama Royal Secret Agent mengakhiri rancangannya dengan rating tertinggi.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terakhir drama KBS itu telah merekodkan purata rating sebanyak 10.2 peratus dan 14.0 peratus. Ini merupakan rekod baru drama tersebut selepas mengatasi rating tertinggi 9.7 peratus dan 13.6 peratus yang dicatatkan pada 1 Februari yang lalu.
Royal Secret Agent dibintangi Myung Soo, Kwon Nara dan Lee Yi Kyung. Ia merupakan drama sejarah mengenai inspektor rahsia kerajaan pada zaman dinasti Joseon yang menyamar di wilayah untuk membawa keadilan, membongkar rasuah, dan menyelesaikan masalah rakyat.
Turut mencatatkan rekod peribadi adalah drama tvN L.U.C.A: The Beginning yang merekodkan purata rating sebanyak 5.811 peratus untuk episod terbaru.
LUCA: The Beginning adalah drama aksi thriller mengenai seorang lelaki bernama Ji Oh (Kim Rae Won), yang diburu kerana kebolehan khasnya, dan seorang detektif jenayah ganas bernama Gu Reum (Lee Da Hee), satu-satunya yang mengingatinya. Kim Sung Oh memainkan peranan sebagai Lee Son, yang merupakan ketua di antara mereka yang memburu Ji Oh dan pernah menjadi sebahagian daripada pasukan khas.
Akhir sekali di JTBC, drama She Would Never Know telah merekodkan purata rating sebanyak 1.497 peratus, penurunan rating berbanding episod sebelumnya.