
Drama KBS Royal Secret Agent terus catat peningkatan rating.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod 12 Januari Royal Secret Agent telah merekodkan purata rating sebanyak 6.4 peratus dan 9.7 peratus. Ini merupakan peningkatan mendadak berbanding rekod sebelumnya yang mencatatkan rating sebanyak 6.0 dan 8.7 peratus.
Walaupun The Penthouse telah menamatkan musim pertamanya, SBS menyiarkan episod khas yang berjudul “Penthouse Hidden Room – The Hidden Story,” yang memaparkan wawancara dengan para pelakon, pada 12 Januari.
Episod khas ini mencatatkan penilaian purata sebanyak 9.8 dan 8.8 peratus, sekalligus menunjukkan bahawa populariti drama ini masih kuat memandangkan penonton sedang menantikan musim kedua.
Drama JTBC Live On menyiarkan episod terakhirnya pada minggu ini dengan rating sebanyak 0.785 peratus. Di tvN, Awaken buat pertama kalinya berjaya melepasi angka 5 peratus dengan episod terbaru merekodkan rating sebanyak 5.036 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut.