Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Selepas bertahun-tahun membawa watak Mr Bean, pelakon Rowan Atkinson mendedahkan yang dia sebenarnya tidak suka dengan watak ikonik itu. 

Ketika bercakap kepada Radio Times, bintang Johnny English memberitahu yang dia tidak sabar untuk menantikan saat watak itu berakhir dan tidak suka melakonkan watak Mr Bean kerana tertekan dan meletihkan

Saya tidak suka melakonkan watak itu. Saya tertekan dan ia meletihkan. Saya tidak sabar menantikan saat watak itu berakhir,

Pelakon itu memaklumkan yang dia tidak terkejut dengan fenomena yang dicetuskan watak berkenaan.

“Menonton orang dewasa berkelakuan seperti kanak-kanak memang sesuatu yang melucukan. Apatah lagi elemen komedinya banyak terletak pada visual dan bahasa tubuh serta tidak begitu memerlukan penggunaan bahasa, jadi ia mudah diterima di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Atkinson memainkan peranan tersebut dalam 15 episod Mr Bean antara tahun 1990 dan 1995, dan kembali memegang watak itu dalam dua filem, Bean dan Mr Bean’s Holiday, yang masing-masing ditayangkan pada tahun 1997 dan 2007.

Filem animasi terbaru Mr. Bean kini sedang dihasilkan dan akan menemui penonton tidak lama lagi.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

Leave a Comment