You are here Home » Rotten Tomatoes Sudah Rosak? Joker Terima Rating Negatif Walaupun Berkongsi Jumlah Skor Yang Sama Dengan Filem Marvel

Rotten Tomatoes Sudah Rosak? Joker Terima Rating Negatif Walaupun Berkongsi Jumlah Skor Yang Sama Dengan Filem Marvel

Rotten Tomatoes merupakan laman dimana peminat boleh melihat skor sesebuah filem, sama ada filem tersebut bagus ataupun tidak. Skor tersebut dihimpunkan dari penilaian yang diberikan para pengkritik profesional yang berdaftar.

Walaupun ianya sekadar memberi penilain, ia mampu memberikan impak yang besar kepada prestasi sesebuah filem itu di pentas box office. Jika markah yang diterima oleh filem itu rendah,berkemungkinan filem tersebut tidak akan mendapat sambutan dari penonton.

Selain itu juga, Rotten Tomatoes boleh menjadi punca kepada kontroversi dan perdebatan dikalangan peminat. Ada yang mengatakan, penilaian yang dikeluarkan laman tersebut tidak boleh dipercayai dan ada juga yang berpendapat, Rotten Tomatoes telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mensabotaj sesebuah filem itu.

Filem terbaru Warner Bros. iaitu Joker turut tidak terlepas menjadi mangsa manipulasi Rotten Tomatoes. Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Twitter, sistem rating yang diberikan oleh Rotten Tomatoes agak meragukan. Filem Joker mendapat rating yang negatif selepas diberi skor 3/5, sedangkan filem-filem Marvel menerima rating yang positig walaupun jumlah skornya sama seperti filem Joker, iaitu 3/5.

Seorang pengkritik dari BBC.com iaitu Nicholas Barber turut hairan dengan sistem rating yang diberikan Rotten Tomatoes. Barber menjelaskan dia telah memberikan rating 3/5 kepada filem Joker dan Spider-Man: Far From Home, tapi tidak menetapkan sama ada filem itu ‘Fresh’ ataupun ‘Rotten’, hanya sekadar memberi rating sahaja.

Tidak dipastikan sama ada terdapat tangan-tangan ghaib disebalik pemberian rating di laman Rotten Tomatoes. Jika ada yang berkatakan ia sebagai konspirasi untuk menjatuhkan filem-filem terbitan Warner Bros., agak mustahil kerana studio tersebut merupakan antara division dalam Warner Media, salah satu pemegang saham Rotten Tomatoes.

BACA:  Get Out Filem Paling Untung Tahun 2017

Laman review itu perlu memperbaiki sistem mereka agar tidak bias dalam memberi rating terutamanya jika skor yang dikeluarkan adalah sama. Apapun, filem Joker masih lagi disahkan ‘Segar’ oleh laman Rotten Tomatoes dengan skor sebanyak 76% dari 89 ulasan kritik.

Kepada kaki-kaki wayang diluar sana, adakah anda masih mempercayai skor Rotten Tomatoes? kongsikan pendapat anda.

Loading...