Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Rosyam Nor, Louis Koo Antara Sebab Korang Kena Tengok G Storm

Filem aksi thriller Hong Kong G Storm telahpun memulakan tayanganya di pawagam tempatan pada hari ini. Diarahkan oleh David Lam, G Storm pasti menjanjikan adegan-adegan aksi yang cukup menarik kepada penonton, khususnya kepada mereka yang meminat filem-filem Hong Kong. Disini, kami senaraikan beberapa sebab kenapa anda harus menonton filem ini di pawagam.

1. Plot Yang Mengangkat Isu Pemerdagangan Manusia

G Storm merupakan ansuran terakhir dalam pentalogi ‘Storm’. Kisah kali ini menyaksikan penyiasat ICAC William Luk, lakonan Louis Koo, menyiasat kes di Jabatan Imigresen yang dikaitkan dengan kumpulan pemerdagangan manusia antarabangsa. Isu rasuah dikalangan pegawai kerajaan, campur tangan politik dan salah guna kuasa turut dimasukkan dalam filem kali ini, memberikan ia sebuah cerita yang menarik dan mendebarkan.

2. Barisan Pelakon Yang Hebat

Barisan pelakon yang mantap menjanjikan sebuah filem yang menarik. Filem ini menampilkan Louis Koo sebagai watak utama, dan sudah tentu, para peminat Koo pasti tidak mahu melepaskan peluang melihat pelakon kegemaran mereka beraksi. Selain itu, ia turut menampilkan beberapa pelakon popular Hong Kong seperti Julian Cheung, pemenang anugerah Kevin Cheng dan Jessica Hsuan serta ramai lagi. 

3. Datuk Rosyam Nor Sebagai Penjahat

Selepas muncul disamping bintang Kollywood Rajinikanth dalam filem Kabali, Datuk Rosyam Nor beralih angin ke Hong Kong dengan menyertai Louis Koo dalam G Storm. Seperti dalam Kabali, Rosyam Nor memainkan watak antogonis bernama King, ketua kumpulan pemerdagangan manusia antarabangsa dan orang kuat Siu (lakonan Michael Tse), yang merupakan antagonis utama filem ini. Ini kali kedua kita melihat hero malaya berlakong menjadi penjahat dalam filem antarabangsa. Mesti ramai peminat mahu melihat aksinya di dalam filem bukan?

4. Adegan-Adegan Aksi Yang Mendebarkan

Sebagai sebuah filem bergenre aksi thriller, pasti ramai yang menjangkakan adegan-adegan yang menarik. G Storm mengekalkan templat filem-filem aksi kepolisan Hong Kong, sepertimana yang dijangkakan peminat. Namun begitu, ia masih menghiburkan terutamanya ketika kita melihat pihak berkuasa cuba menumpaskan pengganas dan sindiket. 

5. Sarikata berbahasa Melayu dan Inggeris

Setiap filem luar yang ditayangkan di pawagam tempatan pasti disertakan sarikata berbahasa Melayu dan Inggeris bagi memudahkan penonton memahami jalan cerita dan dialog yang dituturkan watak. G Storm juga tidak kecuali, jadi kepada penonton bukan Cina, anda tiada masalah untuk menonton filem ini.

Jadi, apa rancangan anda pada minggu ini? apa kata kita lihat Rosyam Nor dalam G Storm, yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan.

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment