Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios


Terdapat desas-desus yang mengatakan The Punisher akan dihidupkan kembali dengan Jon Bernthal berpotensi untuk mengulangi peranannya sebagai Frank Castle

Buat masa ini, tiada pengesahan rasmi dari Marvel Studios, tetapi nampaknya, khabar angin tersebut mungkin disahkan oleh bintang The Mandalorian, Rosario Dawson. 

Ketika bercakap dalam sesi panel di Chicago Comic & Entertainment Expo baru-baru ini, Dawson, yang memainkan watak Claire Temple dalam kesemua siri Marvel Netflix (kecuali The Punisher) telah ditanya mengenai potensi kepulangan Night Nurse dalam mana-mana siri Marvel yang akan datang. 

Dia kemudiannya berkata bahawa dia mendengar “The Punisher sedang berlaku lagi.”

“Jadi, saya rasa ini adalah peluang kedua saya, kerana itu satu-satunya rancangan yang saya tidak sertai dan saya suka Jon Bernthal,” sambungnya. “Jadi, marilah kita semua mewujudkannya secara kolektif kawan-kawan.”


Dawson membuat debut sebagai Claire Temple dalam musim pertama Daredevil, dan dia terus membuat penampilkan dalam pelbagai siri Marvel seperti Luke Cage, Iron Fist, Jessica Jones, dan The Defenders.

Pelakon itu mungkin mendapat maklumat dengan cara yang salah, atau seperti peminat yang lain, mendengar khabar angin, tetapi dia nampaknya agak yakin bahawa Frank Castle bersedia untuk membuat penampilan pertama dalam Marvel Cinematic Universe tidak lama lagi. 

Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio baru-baru telah kembali meneruskan peranan mereka dalam Spider-Man: No Way Home dan Hawkeye, dan kemungkinan Krysten Ritter akan mengikut jejak langkah mereka dengan kembali sebagai Jessica Jones, sama ada dalam siri She-Hulk ataupun Echo.  

Jon Bernthal pula sebelum ini telah memberitahu bahawa dia hanya berminat untuk mengulangi peranan Frank Castle jika projek itu sesuai dengan sifat watak yang kasar dan ganas, jadi jika siri atau filem Punisher baharu sedang dirancang Marvel Studios, terdapat kemungkinan ia akan diberi rating-R

Apapun kita nantikan pengesahan rasmi dari pihak studio, dan konvensyen D23 yang bakal berlangsung pada bulan hadapan adalah masa yang sesuai untuk mengentahui status The Punisher. 


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee