Siri TV

Rosario Dawson Sertai THE MANDALORIAN Musim Ke-2 Sebagai Ahsoka Tano!

Views

Siri spin off The Mandalorian musim kedua menyaksikan keputusan pasukan kreatif yang sangat menarik apabila membawa masuk karakter popular Star Wars, Ahsoka Tano ke dunia ‘live-action’. Menurut laporan Slash Film, karakter tersebut akan dilakonkan bintang Zombieland: Double Tap, Rosario Dawson.

Ahsoka Tano pertama kali diperkenalkan dalam dunia Star Wars menerusi filem animasi Star Wars: Clone Wars pada tahun 2008 yang kemudiannya dijadikan sebagai siri televisyen. Karakter itu juga turut muncul dalam beberapa siri spin off seperti Rebels, siri permainan video dan keluarkan komik. Diawal perkenalan karakter tersebut, para peminat tidak begitu gemar, namun perkembangan wataknya mula mendapat perhatian sehingga menjadi antara karakter popular francais Star Wars. 

Setakat ini tidak diketahui sejauh mana penglibatan Ahsoka Tano dalam musim kedua The Mandalorian. Peminat hanya boleh mengentahuinya apabila siri ini mula disiarkan pada Oktober nanti.

The Mandalorian menceritakan tentang seorang pahlawan yang telah muncul dalam dunia Star Wars. Ditetapkan selepas kejatuhan Empire dan sebelum kemunculan First Order, siri ini akan membawa penonton merasai penggembaran pahlawan solo itu di kawasan galaksi yang luas dan berjauhan dari kekuasaan New Republic.

BACA:  Pemerintahan Mesti Dipulihkan Dalam Trailer Terbaru SNOWPIERCER

Pedro Pascal memainkan peranan sebagai pahlawan tunggal Mandalorian. Dia disertai Gina Carano sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dengan masyarakat serta Carl Weathers sebagai Greef, seorang ketua kumpulan “bounty hunters” yang mengupah The Mandalorian untuk tugasan tertentu.

Siri ini turut dibintangi Giancarlo Esposito, Emily Swallow, Carl Weathers, Omid Abtahi, Werner Herzog dan Nick Nolte. Jon Favreau bertindak selaku penerbit eksekutif dan showrunner untuk siri ini. Pengarah musim pertama terdiri daripada Dave Filoni, Deborah Chow, Rick Famuyiwa, Bryce Dallas Howard dan Taika Waititi.

Tinggalkan Balasan

shares