Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Rosamund Pike Sebagai Marie Curie Dalam Klip Filem RADIOACTIVE

Amazon Prime Video telah melancarkan klip filem Radioactive, arahan Marjane Satrapi. Dibintangi Rosamund Pike sebagai Marie Curie, filem biografi drama ini boleh ditonton di laman penstriman Amazon Prime Video mulai 24 Julai ini.

Radioactive berkisarkan tentang perjalanan hidup saintis terkenal era 1870an, Marie Curie. Filem ini akan memaparkan kehidupan Marie Curie dari dia bertemu pasangan hidupnya yang juga seorang saintis, Pierre Currie sehinggalah dia berjaya membuat penemuan terhebat dalam sejarah sains yang membawanya memenangi Hadiah Nobel.

Menyertai Rasamund Pike adalah Sam Riley sebagai Pierre Curie dan Anya Taylor-Joy sebagai Irene Curie. Filem ini turut dibarisi pelakon seperti Cara Bossom, Aneurin Barnard, Simon Russell Beale, Tim Woodward, Jonathan Aris, Mirjam Novak, dan Michael Gould.

Berdasarkan novel grafik berjudul sama karya Lauren Redniss, Radioactive diarahkan Marjane Satrapi dari lakonlayar yang ditulis Jack Thorne. Filem ini diterbitkan Tim Bevan, Eric Fellner dan Paul Webster.

Related posts

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment