Berita

Ron Yuan Ketuai Projek Sekuel 47 Ronin

Views

Sebelum karier Keanu Reeves kembali naik menerusi francais John Wick, dia memimpin filem 47 Ronin yang gagal untuk studio Universal Pictures.

Walaupun filem aksi fantasi itu gagal mendapat kutipan yang diharapkan dan dikritik teruk, pihak studio tetap menghasilkan sekuel dengan bintang Mulan, Ron Yuan akan bertindak sebagai pengarah. 

Filem terbaru ini akan ditetapkan 300 tahun di masa hadapan dalam dunia cyberpunk yang eksotik. Menurut sumber, unsur-unsur seram akan turut dimasukkan dalam filem ini disamping elemen samurai dan ninja. 

"Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengan Universal dan pasukan produksi dalam filem yang menggabungkan genre, seni mempertahankan diri, aksi, filem seram dan punk siber ini," kata Yuan.

"Ini akan menjadi perjalanan yang menyeronokkan dan hebat, untuk penonton di seluruh dunia."

Sekuel ini akan diterbitkan John Orlando, Share Stallings dan Tim Kwowk, dengan Universal 1440 Entertainment turut menjadi studio penerbit, manakala Netflix akan bertindak sebagai pengedar. Produksi filem dijangka akan bermula awal 2021. 

47 Ronin ditulis oleh Chris Morgan (Francaris Fast & Furious) serta Hossein Amini (The Snowman) dan diarahkan Carl Rinsch. Selain Reeves, barisan pelakon terdiri daripada Hiroyuki Sanada (Mortal Kombat), Tadanobu Asano (Mortal Kombat), Rinko Kikuchi (Pacific Rim), Ko Shibasaki (One Missed Call) dan beberapa pelakon lain. 

Berdasarkan dari penulisan fiksyen Chūshingura, filem ini mengisahkan 47 Ronin pada kurun ke-18 Jepun yang ingin membalas dendam diatas kematian ketua mereka. 

Filem ini merupakan kegagalan terbesar Universal Studios, apabila dikritik teruk oleh pengkritik dan penonton serta hanya mampu menjana kutipan sekitar $151 juta dolar berbanding kos pembikinan sebanyak $175 juta.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks