Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ron Perlman Bawa Watak Optimus Primal Dalam Filem “Transformers: Rise of the Beasts”


Bintang Hellboy, Ron Perlman secara rasmi menyertai filem ketujuh Transformers, Transformers: Rise of the Beasts dengan membawa suara Optimus Primal. 

Pemenang Golden Globe itu pernah menyumbangkan suaranya kepada watak Optimus Primal dalam siri animasi Transformers: Power of the Primes pada 2018. Garry Chalk merupakan pelakon suara asal untuk watak itu dalam siri animasi asli Beast Wars: Transformers pada tahun 90-an.

Optimus Primal adalah kapten kapal angkasa Axalon dan pemimpin Maximals, yang digambarkan sebagai keturunan Autobots. Watak itu, yang berbentuk gorila, mengambil nama Optimus untuk menghormati Optimus Prime, yang sememangnya akan muncul dalam filem aksi langsung terbaru itu dengan Peter Cullen akan kembali sebagai suara watak ikonik dalam bentuk robot G1nya .

Transformers: Rise of the Beasts akan membawa penonton dalam pengembaraan globetrotting tahun 90-an dan memperkenalkan Maximals, Predacons, dan Terrorcons kepada pertempuran yang ada di bumi antara Autobots dan Decepticons. Ditetapkan di Kota New York dan Peru, filem live-action terbaru ini akan mengikuti Optimus Prime dalam bentuk robot G1 pada tahun 90-an ketika baru berada Bumi.

Filem ini akan diketuai oleh Anthony Ramos (Hamilton, In the Heights) dan Dominique Fishback (Judas and the Black Messiah). Menyertai mereka adalah watak Bumblebee dan Autobot Mirage, bersama dengan debut watak Scourge, Arcee, Nightbird, Air-Razor, Rhinox, dan Optimus Primal. Ansuran ketujuh Transformers ini dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 24 Jun 2022.


Projek kerjasama Paramount Pictures, eOne dan Hasbro ini akan diarahkan oleh Steven Caple Jr. (Creed II) dan ditulis oleh Joby Harold (Army of the Dead).


Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee