Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ron Livingston Menggantikan Billy Crudup Sebagai Henry Allen Dalam “The Flash”


Ron Livingston (A Million Little Things) telah dipilih untuk membawa peranan Henry Allen, ayah kepada Barry Allen dalam filem terbaru DC Extended Universe “The Flash“.

Livingston akan menggantikan tempat Billy Crudup yang digugurkan dari projek “The Flash” disebabkan masalah jadual. Crudup kini terlibat dengan pembikinan musim kedua “The Morning Show”, dan jadual padat menyukarkan pelakon itu untuk terlibat dalam penggambaran “The Flash”.

Dalam perkembangan lain, bintang “Pan’s Labyrinth” Maribel Verdú akan memainkan peranan sebagai Nora Allen, ibu kepada Barry yang telah dibunuh. 

Ezra Miller kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen / The Flash, dan dia akan disertai Kiersey Clemons sebagai Iris West, kekasih kepada Barry Allen dan Sasha Calle (The Young and the Restless) sebagai Supergirl. Turut dilaporkan sertai “The Flash” adalah Michael Keaton dan Ben Affleck yang akan meneruskan peranan mereka sebagai Bruce Wayne / Batman. 

Butiran plot masih belum diketahui, tetapi berdasarkan pengumuman di DC FanDome tahun lalu, plot “The Flash” akan diinspirasikan dari jalan cerita komik “Flashpoint” ciptaan Geoff Johns dan Andy Kubert. 


Andy Muschietti (It) akan mengarah filem terbaru Warner Bros./DC, manakala skrip ditulis Christina Hodson. Penggambaran dijadualkan bermula pada April ini bertempat di London.

“The Flash” kini akan ditayangkan pada 4 November 2022


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee