Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Semenanjung Korea berada di ambang penyatuan, dan kedua-dua Korea sedang mencetak mata wang bersatu baharu sebagai asas untuk kesatuan baharu. Dengan ‘Joint Economic Area’ menubuhkan sebuah pengkalan luar di Malaysia, tiada masa yang lebih baik untuk Money Heist: Korea memulakan rompakan muktamad di halaman rumah kita sendiri.

Dari 25 Jun hingga 10 Julai, pintu ke ‘Joint Economic Area’ (JEA) — Cawangan Malaysia di No. 7, Jalan Batai akan dibuka luas untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Dalam erti kata lain — tiada uji bakat diperlukan untuk merasai pengalaman Money Heist: Korea; anda boleh melakukan rompakan muktamad di sini… di Kuala Lumpur.


Apabila melintasi ambang bangunan, rekrut akan disambut oleh arca besar topeng Hahoe yang dipakai oleh watak dalam Money Heist: Korea — Joint Economic Area di ruang legar serta pemasangan interaktif yang berfungsi sebagai pengenalan semula kepada ‘la banda’ Korea.

Selepas anda menukar pakaian dan topeng merah anda sendiri (yang anda boleh simpan!), ‘Heist 101’ bermula di bilik darjah Profesor, di mana anda akan menerima taklimat ‘The Plan’ dari dalang rompakan itu sendiri.

Rompakan akan bermula sebaik anda naik ke tingkat atas — memulakan perlumbaan melawan masa untuk mencari harta karun di bilik ‘Tokyo’, menggodam masuk ke sistem komputer JEA di bilik ‘Rio’, dan mempertajam kemahiran pemerhatian anda di bilik pencetakan wang ‘Nairobi’.

Pastikan anda menyimpan barangan yang anda peroleh daripada bilik ini, kerana anda memerlukannya untuk membuka kunci peti besi terakhir yang memisahkan anda dengan matlamat utama: segunung wang tunai yang banyak!

The Joint Economic AreaCawangan Malaysia akan dibuka kepada orang ramai dari Sabtu, 25 Jun hingga Ahad, 10 Julai, dari 6 petang hingga 10 malam pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu. #JoinTheHeist di sini: http://moneyheistkorea.rsvpify.com/

Money Heist: Korea – Joint Economic Area Part 1 akan membuat tayangan perdana pada 24 Jun, hanya di Netflix! 

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment