Roh Fasik (2019) Review

384
views
 
Akbar mula hilang kepercayaan terhadap agama dan Tuhan selepas kematian isterinya Zahra, hinggakan dia enggan mengajar anak perempuannya Amira tentang agama. Dia kemudian berkahwin semula dengan wanita bernama Renata, tetapi rumahtangga barunya tidak sebahagia dulu. Suatu hari, kawan lamanya Hassan datang melawat dan cuba membawanya kembali ke jalan yang benar. Dia akhirnya membenarkan Hassan untuk mengajar Amira tetapi sejak itu, kejadian aneh mula berlaku di rumah mereka. Peliknya, Renata sering menjadi sasaran kejadian itu. Keluarga itu perlu mencari tahu apa yang sedang menguasai mereka di rumah tersebut.
 
Bahasa: Indonesia
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 6 Jun 2019
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 23 Minit
Pengedar: Antenna Entertainments
Pelakon: Irwansyah, Denira Wiraguna, Evan Sanders
Pengarah: Ubay Fox
Format: 2D
 
Mengandungi Spoiler !!!
 
Melihat trailer awal filem Roh Fasik dari Indonesia ini, kita dapat merasa ‘vibe’ Filem Munafik 1 (2016) dan Munafik 2 (2018). Jadi saya merasa tertarik untuk melihat filem ini. Adakah ia se’intense’ Munafik 2 atau sebaliknya. Selain itu barisan pelakon yang mantap turut menimbulkan rasa ingin tonton terhadap filem ini.
 
Penceritaan filem ini tidak terlalu berat. Tiada plot twist yang begitu menggemparkan malahan boleh dianggap ‘cliche’ dah mudah diramal. Maka terasa sedikit plot yang perlahan dan ‘draggy’. Terdapat beberapa point yang begitu lemah bagi saya. Namun begitu ‘build up’ suasana seram itu ada beserta ‘jump scare’ yang menggegar gegendang telinga. Penampilan jembalang tiada yang istimewa malah nampak seperti orang minyak.
 
Filem ini memaparkan betapa satu kehilangan itu mampu merubah diri seseorang. Betapa pentingnya sokongan keluarga serta sahabat dalam mengharungi kehilangan. Bukan mudah untuk ‘move on’. Dapat dilihat dalam filem ini kasih Akbar pada isterinya yang sudah mati namun Akbar tidak redha maka terjerat dalam sesat syaitan itu. Tetapi perkembangan watak dalam filem ini tidak begitu cantik. Terdapat watak yang saya rasa tidak perlu dalam filem ini.
Frasa-frasa dalam filem ini sangat menarik hati. Antaranya ‘kejahatan itu berleluasa bukan kerana kuatnya mereka yang jahat tetapi kerana diamnya orang yang baik/beriman’. Beberapa ayat cukup ‘deep’ untuk kita melihat muhasabah diri.
 
Kesimpulannya, manusia hanya mampu merancang, namun semua atas takdir Allah.
Serahkan semua pada Allah. Jangan mengaku kau Islam sejati selagi imanmu belum diuji dan Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya melebihi kemampuan hamba-hambaNya.
 
Keir.
 
#kakimuvee
#rohfasikMY

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here