
SPOILER ALERT!!
Entah kenapa filem spin off Star Wars, Rogue One: A Star Wars Story menjadi filem yang paling ditunggu-tunggu oleh kami berbanding sekuel Star Wars: Episod VII – Force Awaken. Mungkin promosi berterusan Lucas Films atau mungkin disebabkan aksi dan details yang ditunjukkan dalam trailer-trailer, dan juga mungkin disebabkan filem ini mempunyai kaitan dengan filem pertama Star Wars.
Filem ini sebenarnya tidaklah seperti filem-filem Star Wars yang lain dimana kita menanti sehingga penghujung cerita kerana ingin mengentahui apa yang terjadi pada diakhir penceritaan kerana kita semua sedia maklum yang pasukan Rebellion pasti akan dapat menyelesaikan misi mereka mencuri pelan Death Star (rujuk pada filem Star Wars Episode IV: A New Hope).
Cuma kekuatan filem ini ialah kita ingin mengentahui bagaimana mereka mencuri plan Death Star dan siapakah pasukan berani mati yang disebut-sebut oleh Mon Mothma sehingga mereka berjaya menyelesaikan misi mereka dan membantu pasukan Rebellion memusnahkan Death Star dalam Episode IV. Selain itu juga, kita dapat melihat dengan lebih dekat tentera – tentera rebellion dan Stormtro0pers tanpa dibayangi dengan watak Jedi.
Tidak seperti filem Star Wars yang akan menunjukan sinopsis cerita diawal babak filem, Rogue One sekadar menulis “A Long time ago in galaxy far, far away…” sebelum memulakan cerita dengan menujukkan Jeneral Orson Krennic mencari bekas sainstis Empire, Galen Erso untuk meneruskan projek pembinaan Death Star.
selain itu, musik latar juga sedikit berbeza dari filem Star Wars. Ini mungkin mahu membezakan filem ini dengan trilogi Star Wars.
Apa yang menariknya dalam filem ini penampilan dua watak utama dari Episode IV iaitu General Tarkin dan Princess Leia. Dalam Trilogy tersebut, General Tarkin dilakonkan oleh Peter Cushing dan aktor tersebut telah meninggal dunia pada tahun 1994. Namun pihak produksi telah mengunakan teknik CGI dalam menghasilkan portrait karakter tersebut dalam filem ini. Begitu juga denga Princess Leia yang menggunakan teknik yang sama.
Tindakan bijak team produksi Rogue One ini bukan sahaja mengekalkan set dan kostum yang digunakan oleh krew produksi Episode IV, malah teknik CGI yang digunakan terhadap dua karakter tersebut membuatkan kita merasa filem Rogue One dan Episode IV seperti dihasilkan pada tahun yang tidak jauh berbeza. Senang cerita mengembalikan nostalgia pada zaman permulaan era Star Wars.
Lakonan Felicity Jones tidak kurang hebatnya seperti mana dua heroin Star Wars sebelum ini iaitu Carrie Fisher dan Daisy Ridley. Dia membawa watak Jyn Erso, anak kepada saintis Empire, Galen Erso. Dari seorang penjenayah biasa, dia telah bertukar menjadi seorang ketua kepada kumpulan pemberontak yang bijak dan berani mengambil risiko dalam mengagalkan usaha angkatan Imperial dari menguasai galaksi sedangkan kumpulan pemberontak telah berputus asa apabila melihat senjata pemusnah musuh telahpun siap.
Kami sebolehnya tidak mahu merosakan mood anda untuk menonton filem ini, tapi keinginan kami untuk memberitahu ending filem ini sangat tinggi. Perasaan sedih dan teruja bercampur baur apabila melihat penghujung babak. Tapi tak mengapa, kami tutup mulut kami untuk anda melihat sendiri ending filem tersebut walaupun ramai yang tahu pasukan tersebut berjaya menjalankan misi mereka. Seriously ending part mereka agak sedih sedikit.
Namun begitu keterujaan kami melihat kapal angkasa Rebellion melarikan diri dari Darth Vader tidak dapat dibedung. Maaf kami terpaksa bagitau pekara ini kerana babak tersebut memaparkan watak cameo Princess Leia dan juga kesinambungan untuk filem pertama Star Wars. Rasa seperti hendak menonton filem Star Wars Episode IV saja selepas menonton filem ini.
Bagi yang merindui watak Darth Vader, jangan risau, babak Darth Vader dalam filem ini lebih panjang dari yang dijangka. Walaupun kemunculannya sedikit lewat, sekurang-kurangnya kita dapat melihat kembali watak yang telah mati ini. Cuma watak villian terkenal itu dilihat lagi darker dan kejam dari 3 filem sebelumnya. Malah anda dapat lihat aura kejahatannya benar-benar kelihatan dalam filem ini terutamanya semasa dia membunuh krew kapal angkasa Rebellion. Opss, ada lightsaber dalam filem ini.
Secara keseluruhannya filem Rogue One: A Star Wars Story merupakan filem terbaik Star Wars pernah dihasilkan. Plot yang begitu terperinci, set dan kostum yang begitu details dan tidak bosan sepanjang perjalanan filem kerana setiap perbualan pasti akan ada kaitan dengan filem Episod III dan IV. Aksi filem juga cukup padat dan kita dapat melihat dengan lebih dekat pertempuran antara tentera Rebellion dan Stormtroppers. Diakhir filem nanti kita akan melihat Princess Leia menyebut “Hope” – merujuk kepada filem Star Wars Episode IV: A New Hope
Untuk filem ini, kami berikan rating 8.5/10. Sangat terbaik