Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Rock Sahkan Filem Journey 3 Tidak Akan Dihasilkan

Pernahkah anda menonton filem pengembaran Journey: The Mysterious Island lakonan Dwayne Johnson atau juga lebih dikenali sebagai The Rock? filem tersebut merupakan sekuel kepada filem Journey to the Center of the Earth yang dibintangi oleh Brendan Fraser yang diterbitkan pada 2008.

Jika anda pernah menonton kedua-dua filem berkenaan, pasti anda menunggu filem ketiga apabila dipenghujung filem The Mysterious Island, watak-watak dalam filem berkenaan merancang melakukan pengembaraan ke Bulan pula.

Filem ketiga yang dikatakan akan berjudul Journey 3: From the Earth to the Moon disahkan tidak akan dihasilkan, demikian pendedahan yang dibuat oleh The Rock di laman Twitter beliau.

The Rock mendedahkan pekara tersebut selepas ditanya oleh salah seorang peminat kecilnya mengenai perkembangan filem ketiga siri Journey tu.

Journey to the Center of the Earth boleh dikatakan sukses apabila berjaya mengutip $241juta, tetapi filem kedua yang dibintangi oleh The Rock nyata nemberi tuah kepada pihak studio apabila menjaya mendapat $335.2 juta

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment