Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“The Rock” Mungkin Tidak Akan Kembali Dalam Fast 9?

The Rock & Vin Diesel berpura-pura menjadi “bff” dihadapan kamera

The Fate of the Furious dikatakan filem paling sukses dalam franchise The Fast and The Furious setakat ini. Dengan kutipan tiket yang mengatasi rekod filem Star Wars: A Force Awakens dengan melebihi $500 juta, franchise filem dikatakan dilandasan terbaik untuk mengaut lebih keuntungan dalam filem akan datang.

Namun sebenarnya, salah satu kejayaan filem The Fate of the Furious didorong dengan satu kontroversi yang berlaku diantara dua pelakon utama filem aksi lumba kereta berkenaan. Difahamkan, Dwayne “The Rock” Johnson dan Vin Diesel sedang menghadapi masalah peribadi diantara mereka berdua dan saling benci membenci. Persengketaan tersebut bermula sebelum tayangan filem kelapan franchise The Fast and The Furious.


Perkembangan terbaru ini memberikan tanda tanya kepada penonton adakah The Rock akan kembali dalam filem sekuel akan datang, Fast and Furious 9. Banyak khabar angin mengatakan The Rock tidak akan menyertai barisan pelakon untuk filem akan datang.

Bagaimanapun, laman hiburan TMZ menyifatkan persengketaan antara dua pelakon bertubuh sasa itu tidak akan menghalang kedua-duanya untuk berkerjasama diantara satu sama lain memandangkan bayaran yang cukup tinggi diterima oleh mereka berdua akan membuatkan mereka mengenepikan masalah peribadi dan memberi komitmen sepenuhnya dalam filem akan datang.

Rasanya ramai peminat tidak mahu melihat salah seorang daripada mereka tersisih dari filem Fast and Furious bukan? memandangkan kedua-duanya adalah pelakon yang sangat diminati oleh peminat-peminat filem.

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment