Dwayne Johnson atau The Rock merupakan salah seorang “manusia” yang paling sibuk dan pelakon yang mempunyai permintaan paling tinggi di Hollywood, yang mana itu mengejutkan bahawa beliau masih belum membintangi filem francais berkenaan dengan “superhero”.
Sebenarnya potensi The Rock menjadi sebahagian ahli dalam DCEU sudah lama dalam perancangan, sejak dari tahun 2014 lagi. Beliau telah diberi pilihan sama ada untuk menjadi watak hero Shazam atau watak penjahat/antihero Black Adam. Beliau memilih watak Black Adam.
Pada bulan Januari tahun ini, ada berita mengatakan yang Warner Bros mempertimbangkan untuk memisahkan filem Shazam kepada dua filem. Dan dalam satu temubual dengan MTV, The Rock mengesahkan berita tersebut:
“We’ve had great discussions with Geoff Johns over there at DC. This is a really, really fun, cool time for DC right now because they’re really in a process of truly world building, and building out. We’re seeing that with Wonder Woman and Aquaman, and we have a few surprises down the line. So what we decided to do was actually create a scenario where Black Adam is having his standalone movie, Captain Marvel/Shazam will have his standalone movie, and then we’re building our world up that way and then we can come together at some other point.”
Bunyinya macam Black Adam dan Shazam akan dipisahkan menjadi hero/watak yang berlainan dalam DCEU, dengan perancangan untuk menjadikan mereka bertarung di antara satu sama lain. Tapi The Rock juga ada menyebut yang kita akan tahu lebih lanjut tentang Black Adam tak lama lagi :
“We have a surprise for Black Adam coming up. I can’t tell you what it is, but it is gonna be… it’s gonna be fucking awesome.”
The Rock boleh dikatakan antara pelakon yang paling banyak mendapat tawaran berlakon sekarang inu, tidak putus-putus tawaran berlakon yang beliau terima. Filem Fast8 lakonan beliau sedang ditayangkan di pawagam. Beliau juga akan membuat penggambaran filem Rampage tak lama lagi, kemudian beliau akan ke set penggambaran berkonsepkan blockbuster iaitu filem Skyscraper, baru-baru ini Disney mengumumkan yang beliau akan menjadi watak utama dalam filem Jungle Cruise, yang mana akan memulakan penggambaran pada pertengahan tahun 2018. Tidak lupa jugak filem akan datang The Rock iaitu San Andreas 2 dan Doc Savage yang masih belum diberitahu lagi bilakah tarikh penggambarannya.
Tetapi Warner Bros. ingin menjadikan The Rock secara rasminya sebahagian dari DCEU secepat yang mungkin, maka tidak mengejutkan jika slot produksi untuk Black Adam akan dilakukan selepas The Rock menyelesaikan Jungle Cruise untuk tayangan 2019/2020.
Pelakon yang buat masa ini mendapat gaji paling tinggi di Hollywood, nampaknya teruja tentang karakter beliau dalam DCEU ini. Jadi amatlah menarik untuk melihat bagaimana kesesuaian Black Adam dalam keseluruhan perancangan Warner Bros.
Pada tahun ini Warner Bros dan DCEU akan membawa kepada kita filem Wonder Woman dan Justice League, dan juga filem-filem akan datang seperti Aquaman, The Batman, Man of Steel 2 dan filem-filem DCEU dalam perancangan yang lain. Jangan terkejut jika Black Adam lakonan Dwayne The Rock Johnson ini akan menjadi sebahagian besar projek DCEU dalam masa setahun dua akan datang.